Showing posts with label Pelaburan. Show all posts

Mahabbah Takafulink

Mahabbah Etiqa Takaful adalah pelan takaful berkaitan pelaburan yang membantu anda memastikan impian mereka yang tersayang dapat diteruskan walaupun setelah ketiadaan anda melalui perkhidmatan Cepat & Mudah kami :

Hibah
Hibah anda akan diagihkan terus kepada pewaris yang dinamakan apabila anda meninggal dunia dan tambahan sebanyak 200% daripada jumlah yang dilindungi sekiranya kematian disebabkan kemalangan serta manfaat ihsan sejumlah RM5,000 akan dibayar.

Manfaat Penjagaan Hilang Upaya
Dapatkan 5% daripada jumlah yang dilindungi setiap tahun selama 5 tahun berturut-turut tanpa mengemukakan tuntutan tambahan.

Tanpa Pemeriksaan Kesihatan
Dapatkan perlindungan sehingga RM2 juta tanpa pemeriksaan kesihatan.

Fleksibel
Uruskan pelan legasi anda dengan tempoh pembayaran yang fleksibel bermula dri 5,10, 15 atau 20 tahun atau sehingga anda mencapai umur 100 tahun.

Nota:
Manfaat penjagaan hilang upaya akan dibayar selepas tuntutan manfaat hilang upaya diluluskan. Manfaat utama di atas adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Penasihat Kewangan & Takaful
0189773177
0193218372






Powered byEMF Web Form

Pelan Hadiyyah



Pemberian yang memberikan ketenangan fikiran dari segi kewangan untuk anda dan keluarga
Simpanan bukanlah jaminan untuk kesenangan masa depan-tetapi, ia adalah sesuatu yang amat penting untuk anda dan keluarga. Hadiyyah Takafulink adalah pelan Takaful berkaitan pelaburan yang memberikan anda ganjaran dengan jaminan bayaran tunai tambahan untuk meningkatkan simpanan anda. Daripada pendidikan dan persaraan sehingga detik indah bersama keluarga, Hadiyyah Takafulink kini berada selangkah ke hadapan dalam memberikan keluarga anda ketenangan fikiran dari segi kewangan dengan Hibah.
Manfaat Utama
1. Semua permohonan adalah dijamin lulus untuk jumlah yang dilindungi  sehingga RM200,000.
2.  Bayaran tunai tahunan pada akhir tahun ke-3 sijil dan seterusnya, sehingga 1,090% dari sumbangan tahunan.
3. Bayaran matang sehingga 2,400% daripada  sumbangan tahunan.
4. Bayaran tunai sebanyak 10% dari sumbangan asas tahunan pada akhir tahun ke-5 sijil untuk majlis Aqiqah/Qurban dan penyempurnaan bacaan Al-Quran (Khatam)/Qurban pada akhir tahun ke-10 sijil.
5. Bayaran untuk perlindungan kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK).
6. Hibahkan manfaat sijil anda sebagai hadiah kepada orang yang tersayang sekiranya berlaku kematian.
7. Terdapat 6 pilihan pelan dengan tempoh pembayaran minimum dari 8 tahun dan perlindungan jangka panjang sehingga 30 tahun.

Nota: Manfaat utama di atas adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat.
Kelayakan
Anda layak untuk memohon pelan ini untuk diri sendiri atau pasangan anda sebelum umur 55 tahun atau anak-anak sebelum umur 17 tahun.


Brochure Pelan Hadiyyah







Call/SMS/Whatsapp: Sh. Rodziah: 019-3218372


Pelan Perlindungan Pendapatan RM1,000,000 @ RM1 Juta


Pelan Perlindungan Pendapatan RM1,000,000 @ RM1 Juta.

Pelan 1 Juta adalah Jaminan Pendapatan sebanyak satu juta. 
Besar sangat ke pelan 1 juta tu? 
Apa yang kita boleh dapat dengan 1 juta tu? Ramai yang nak dapat 1 juta dan berjuta-juta lagi.

Cuba kita buat pemerhatian sikit. RM 1 juta boleh beli apa? Bermacam-macam kehendak yang kita nak, Kalau beli Ferrari boleh dapat sebiji, Kalau beli Camry boleh dapat 7 biji, Kalau beli rumah yang harga RM500K boleh dapat 2 biji. Kalau lifestyle kita RM5,000 sebulan bermakna anda ada 17 tahun sahaja boleh guna duit tu, Kalau anda laburkan mungkin anda akan dapat berganda-ganda.

Berbalik pada pokok persoalan. Kenapa saya kata anda dan keluarga anda perlu pelan 1 Juta?
Katakan anda berpendapatan RM5,000 sebulan. Saya yakin anda akan gunakan untuk menyara keluarga dan memberikan yang terbaik, dari segi makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian, kereta dan pendidikan. Saya pasti kita mahukan pendidikan yang terbaik untuk anak kita! Kalau hantar tadika, tadika yang terbaik, hantar sekolah pun nak yang terbaik. Tak cukup di sekolah kita akan hantar tuisyen dan sebagainya.

Saya yakin anda adalah ibubapa yang penyayang dan penuh wawasan, anda mesti ada inginkan anak anda menjadi seorang yang berjaya. Jadi jurutera, arkitek, doktor, peguam dan macam-macam lagi.

Persoalannya apakah yang berlaku sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini? Apakah persediaan kita agar anak-anak kita TERJAMIN pendidikannya? Walaupun tanpa kehadiran kita? Pastinya mereka bangga dengan ibu ayahnya yang amat prihatin akan keluarga.

Bagaimana cara dan kaedah untuk perkara ni menjadi realiti? Baik, saya terangkan secara ringkas, katakanlah Encik A berpendapatan sebanyak RM5,000 sebulan maka setahun pendapatan yang dia usaha dan dapat sebanyak RM60,000 setahun. Oleh itu untuk supaya keluarga Encik A boleh bertahan dan ‘survive’ dengan lifestyle yang sama maka dia perlu sediakan dana RM60,000 setiap tahun. Sekiranya Encik A ada RM 1 Juta, dana ini hanya mampu bertahan selama 17 tahun (RM60,000 x 17 tahun= RM1 juta).

Andaikan duit sebanyak itu Encik A atau pihak waris masukkan ke dalam mana-mana institusi kewangan seperti Tabung Haji dan mendapat dividen sebanyak 6% setahun, maka warisnya akan dapat sebanyak RM60,000 setiap tahun (tanpa perlu bekerja), dibahagikan 12 bulan akan menjadi RM5,000. Tidakkah ia sama dengan pendapatan semasa Encik A?

Menariknya pendapatan RM5,000 setiap bulan ini akan terus dinikmati selama Encik A masih hidup, dan sekiranya meninggal dunia ianya akan diwarisi oleh anak-anak yang ditinggalkan.


Walau berapapun gaji atau pendapatan anda, anda perlu pastikan sekiranya berlaku musibah kematian atau hilang upaya kekal (lumpuh) berlaku ke atas anda, anda masih dapat menikmati pendapatan anda. 


Sesuatu yang menarik dari eTiQa Takaful. Pelan RM1 Juta ini anda boleh miliki dengan sumbangan pelaburan serendah RM10 sehari @ RM300 sebulan. Amat berbaloi. Apa yang pasti ianya bukan Pelan Kemalangan Peribadi/Personal Accident (PA) yang hanya dinikmati sekiranya meninggal atau lumpuh disebabkan kemalangan sahaja. Bukan juga Pelan Kad Perubatan yang hanya menanggung bil perubatan. Pastinya ianya adalah jaminan pendapatan dan harta yang pasti untuk anda serta keluarga.

Bagaimana mengira jumlah keperluan perlindungan pendapatan anda?

Formula: Pendapatan X 12 bulan / anggaran dividen tahunan

Contoh: Pendapatan bulanan = RM2,500, simpanan di Tabung Haji (anggaran dividen 6%)
=RM2,500 X 12 bulan / 6%
=RM500,000.

Jadi RM500,000 X 6% (anggaran dividen)
=RM30,000 setahun@
=RM2,500 sebulan

Sumbangan pelaburan bagi coverage RM500,000 adalah serendah RM150 sebulan
Sumbangan pelaburan bagi coverage RM1,000,000 adalah serendah RM300 sebulan.
Sumbangan pelaburan bagi coverage RM2,000,000 adalah serendah RM600 sebulan, dan seterusnya terpulang kepada anda berapakah jumlah yang anda mahukan...

Lihat contoh quotation yang diberikan dibawah. Mungkin anda ada keperluan dan kehendak untuk melindungi diri / pendapatan sehingga RM 1,000,000

Nama : Encik Prospek
Umur : 30 thn (DOB terakhir)
Kod Kerja : 2 ; Merokok

Sumbangan bulanan : Hanya RM300 sahaja

Perlindungan / Benefit untuk anda :-
  • Khairat Kematian Akibat biasa - RM1,000,000
  • Hilang Upaya Kekal Akibat Biasa - RM1,000,000
  • Khairat Kematian ( Akibat Kemalangan) - RM1,000,000
  • Hilang Upaya Kekal (Akibat Kemalangan) - RM1,000,000
  • Perlindungan sehingga umur 88 tahun.
  • Pulangan  daripada pelaburan setiap tahun.
  • Bonus kesetiaan pada tahun ke 5, 10 dan 15 (3%-6%)
  • Pelaburan flexible (kemudahan penambahan,pengurangan dan pemindahan dana)
  • Pengecualian cukai sehingga RM6,000
  • Dana boleh dihibahkan, tanpa melalui Amanah Raya.
  • UNLIMITED COVER. Anda boleh pilih sebanyak mana pelaburan dan perlindungan yang anda ingini, tanpa had.
Nota: Ilustrasi di atas adalah contoh peserta berumur 30 tahun. Caruman akan meningkat mengikut usia dan faktor risiko.

Syarat kelayakan permohonan:

1.      Warganegara Malaysia
2.      Berusia 14 hari hingga 65 tahun.
3.      Sihat

Layari Produk Elitelink untuk mengetahui produk dengan lebih lanjut.

Setiap orang berbeza keperluan dan cara hidup. Apa yang penting kita menyediakan suatu amaun yang sesuai agar keluarga kita tidak terbeban dengan kehidupan setelah kita tiada. Bagi saya ini juga adalah anjuran agama agar kita menjadi umat yang maju, berilmu dan tidak meminta-minta.


Untuk maklumat lanjut anda boleh Call/SMS/WhatApps saya, Sh. Rodziah di 019-3218372 untuk penerangan lebih lanjut
Powered byEMF Online HTML Form

Elite Takafulink

Elite Takafulink membolehkan anda mengumpul simpanan sambil menikmati detik-detik terindah bersama keluarga, pada masa yang sama memastikan mereka sentiasa dilindungi. Elite Takafulink adalah pelan yang memberikan anda rider perlindungan fleksibel serta peluang pelaburan dengan potensi pulangan yang tinggi.
Melalui ciri-ciri Takaful Berkaitan Perlaburan, anda mempunyai pilihan untuk melabur di dalam mana-mana satu dana-dana yang disediakan yang sesuai dengan objektif pelaburan serta tahap risiko anda. Selain itu, anda akan menerima perlindungan asas seperti perlindungan Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal (HUMK) dan pilihan rider perlindungan yang komprehensif.

Kini anda boleh melindungi keluarga anda, meningkatkan simpanan dan pada masa yang sama meluangkan detik-detik terindah bersama yang tersayang.
Manfaat Utama:
·                     Perlindungan Asas: Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal

Sekiranya berlaku kematian kepada Orang Dilindungi, Jumlah Asas Dilindungi berserta Jumlah Nilai Dana (termasuk lebihan) ditolak sebarang hutang akan dibayar secara sekaligus.

Sekiranya berlaku Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal (sebelum mencapai umur enam puluh lima (65) tahun pada hari lahir berikutnya), Jumlah Nilai Dana akan dibayar secara sekaligus, tanpa mengira jumlah Nilai Dana. Sekiranya Jumlah Asas Dilindungi yang perlu dijelaskan (bagi setiap hayat) adalah sama atau kurang daripada RM1 juta, ia akan dibayar secara sekaligus. Sekiranya Jumlah Dilindungi melebihi RM1 juta, maka bakinya akan dibayar satu (1) tahun selepas ansuran pertama dibuat tertakluk kepada had maksimum Pengendali Takaful bagi setiap had individu.

Jika Orang Dilindungi meninggal dunia sebelum umur lima (5) tahun pada hari lahir berikutnya, kami akan membayar penuh Jumlah Agregat Dilindungi jika jumlah itu tidak melebihi RM200,000. Jika Jumlah Agregat Dilindungi melebihi RM200,000, maka kami akan membayar bakinya menurut jadual seperti berikut:
Umur pada Hari Lahir Berikutnya
Peratusan Jumlah Agregat Dilindungi
1
20%
2
40%
3
60%
4
80%
5 dan ke atas
100%

Had ini hanya terpakai untuk pembayaran Jumlah Dilindungi dan tidak menjejaskan apa-apa pembayaran Nilai Dana.
·                     Bonus Kesetiaan
Ganjaran sebanyak 6% daripada Jumlah Nilai Dana atau 3% daripada sumbangan tahunan asal (mana yang terendah) akan diberi kepada anda pada hujung tahun Sijil yang ke-5, ke-10 dan ke-15 kerana mengekalkan pelan dan membayar sumbangan tepat pada masanya.
·                     Tempoh Peruntukan Tidak Luput
Kami menawarkan Tempoh Peruntukan Tidak Luput dalam tiga (3) tahun Sijil pertama untuk memastikan status Sijil tetap berkuat kuasa walaupun Jumlah Nilai Dana berada pada kadar sifar, dengan syarat sumbangan dibayar tepat pada masanya tanpa Cuti Sumbangan dan tiada pengeluaran dari Jumlah Nilai Dana dibuat dalam tempoh tersebut.



Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Syarifah di 019-3218372 (call/SMS/whatsapp) atau 

email ke: isya8327@gmail.com

Pelan Pelaburan Karisma


MULA MENYIMPAN UNTUK PERLINDUNGAN DI MASA DEPAN

Pada masa sekarang mungkin kita sedang bergembira dan berbahagia bersama yang tersayang. Untuk memastikan bahawa detik-detik kebahagiaan ini kekal dalam kehidupan kita, maka amat penting untuk mempersiapkan diri dan keluarga kita dari situasi yang tidak dapat diduga. Dan persediaan boleh dibuat dengan simpanan yang sesuai. Dengan memilih pelan dan perlindungan yang betul, kita akan dapat memastikan masa depan keluarga kita walaupun kita tidak lagi bersama mereka kelak.

"Malaysians are not saving enough and they are not prepared to face a financial meltdown should they lose their job or be retrenched. According to the latest findings from Citi’s Financial Quotient (Fin-Q) 2008 survey, 12% of the Malaysians said they do not save anything at all. In the event of a job loss but with continued regular expenses, one-in-five indicated their savings would last for only four weeks. On average, Malaysians reported having 11 weeks of savings in reserve." - Source: The Star, 19 February 2009.

Ciri-ciri Pelan
Karisma merupakan pelan takaful yang menyediakan perlindungan bagi Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal. Pelan ini juga menyediakan Manfaat Hidup sehingga sepuluh peratus (10%) dari Jumlah Asas Dilindungi yang dibayar setiap dua (2) tahun sepanjang tempoh kontrak. Sebagai tambahan, pada akhir tempoh sijil, anda akan menerima nilai terkumpul dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP) dan sebarang lebihan yang diperuntukkan daripada Dana Risiko Peserta (DRP).

Jumlah perlindungan minima : RM12,500.00
Tempoh yang ditawarkan : 20 & 30 tahun

Had umur layak menyertai : 14 hari hingga 60 tahun

Manfaat Asas
Kematian - Sekiranya berlaku Kematian terhadap Orang Dilindungi sebelum tamat tempoh Takaful disebabkan oleh kejadian semulajadi atau kerana kemalangan, Jumlah Dilindungi, Perbelanjaan Pengebumian sebanyak RM1,000 ditambah nilai terkumpul dalam DPP akan dibayar.
Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal - Sekiranya berlaku HUMK terhadap Orang Dilindungi sebelum berumur 65 tahun (hari lahir berikutnya), Jumlah Asas Dilindungi akan dibayar, dengan syarat hilang upaya telah berlaku sekurang-kurangnya enam (6) bulan berturut-turut.   Sebagai tambahan, nilai terkumpul dalam DPP, jika ada, akan dibayar bersama dengan ansuran pertama Jumlah Dilindungi dan sumbangan pada masa hadapan akan dikecualikan, bermula dari tarikh berlakunya HUMK.

Manfaat Hidup
Tahun Sijil              Bayaran Tunai (% daripada *Jumlah Dilindungi)
   2 - 10                                             5%
 12 - 20                                             7.5%
22 ke atas                                         10 %
* Tidak termasuk Jumlah Dilindungi bagi rider (jika ada). Pembayaran Manfaat Hidup dibayar daripada DRP.

Manfaat Matang
Semasa tempoh matang, Peserta akan menerima Manfaat Hidup serta nilai terkumpul dalam DPP termasuk lebihan (jika ada) daripada DRP.

Rider Tambahan (Orang yang dilindungi)
1. Rider 'Regular Topup'
2. Rider Manfaat Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal Akibat Kemalangan
3. Rider Indemniti Kemalangan
3. Rider Manfaat Tunai Hospital
4. Rider 'Medic Save'
5. Rider Bertempoh
6. Rider Penyakit Kritikal
7. Rider Pengecualian Sumbangan untuk Penyakit Kritikal
Rider Tambahan (Peserta/Pembayar)
1. Rider Bertempoh
2. Rider Manfaat Pendapatan Keluarga
3. Rider Pengecualian Sumbangan Penyakit Kritikal
4. Rider Pengecualian Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal.

Kaedah Pembayaran
Bulanan, Suku Tahun, Setengah Tahun atau Tahunan.

Apakah terma-terma dan syarat-syarat utama yang perlu anda tahu:
1. Kepentingan pendedahan – Anda harus mendedahkan semua fakta seperti keadaan perubatan, dan menyatakan usia Anda dengan betul.
2. Tempoh Tangguh – Sijil Anda mungkin akan luput jika Anda tidak membayar sumbangan Anda dalam tempoh tiga puluh satu (31) hari dari tarikh sumbangan perlu bayar.
3. Anda harus memastikan bahawa pelan ini memenuhi keperluan Anda dan Anda mampu untuk membayar sumbangannya.
Nota: Senarai ini tidak menyeluruh. Sila rujuk kepada Sijil Takaful untuk terma-terma dan syarat-syarat sijil ini.


Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Syarifah di 019-3218372 (call/SMS/whatsapp) atau 

email ke: isya8327@gmail.com

Pelan Mabrur (Takaful Haji dan Umrah) -Terbaru


Takaful Haji & Umrah(Mabrur

Mabrur ialah pelan Takaful simpanan dan perlindungan komprehensif yang melengkapkan persediaan anda untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Etiqa Takaful menyediakan One Stop Center untuk anda merancang perjalanan Haji dan Umrah yang lebih baik. 

Pelan ini disertakan Bayaran Tunai Tetap yang dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil dan pada setiap tahun yang berikutnya. Bayaran Tunai tetap sebanyak 10% akan dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil. Bayaran Tunai tetap ini akan dikumpulkan di dalam akaun Tabung Haji sebagai simpanan untuk memenuhi keperluan spiritual dan pelan-pelan lain anda dan yang tersayang. Pelan ini menyediakan perlindungan komprehensif untuk kedua-duanya, Peserta dan Orang Dilindungi, malah anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih tempoh perlindungan dari 20 sehingga 30 tahun.

Nikmati Bayaran Tunai tetap sehingga 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi. Bayaran Tunai pertama akan dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil dan setiap tahun berikutnya:

Tahun 3 = 10%.
Tahun 4 – 14 = 3%
Tahun 15 – 24 = 4%
Tahun 25 – 30 = 5%
Tambahan menjelang tempoh matang  = 10%
Jumlah Keseluruhan =123%

Semua Bayaran Tunai tetap akan secara automatik dikreditkan ke dalam akaun Tabung Haji Orang Dilindungi untuk menabung bagi tujuan menunaikan Haji atau Umrah dan pelan masa depan yang lain. Apabila mencapai tempoh matang, Bayaran Tunai tetap tambahan sebanyak 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi akan dibayar kepada Orang Dilindungi.

Manfaat Matang

Pada akhir tempoh Takaful, nilai terkumpul dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP), jika ada, termasuk keuntungan daripada pelaburan dana tersebut , dan lebihan Dana Risiko Peserta (DRP), jika ada, yang telah diperuntukkan akan dibayar kepada Peserta

Manfaat Kematian

Jika Orang Dilindungi meninggal dunia akibat kemalangan atau sebab semula jadi, amaun Jumlah Dilindungi, Perbelanjaan Pengebumian sebanyak RM1,000 berserta nilai terkumpul dalam DPP, termasuk sebarang keuntungan DPP dari pelaburannya dan DRP, jika ada, akan dibayar.

Indemniti Berganda ke atas Kematian akibat Kemalangan

Kami menyediakan tambahan 100% daripada Jumlah Dilindungi yang dibayar jika Orang Dilindungi meninggal dunia sebelum umur 70, disebabkan kemalangan yang berlaku semasa mengerjakan Haji atau Umrah di Makkah atau Madinah.

Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)
Jika Orang Dilindungi mengalami HUMK sebelum umur 65 pada hari lahir berikutnya, amaun Jumlah Dilindungi ditambah semua nilai terkumpul di dalam DPP, termasuk sebarang keuntungannya (jika ada) akan dibayar. Jika agregat Jumlah Dilindungi (bagi setiap Orang Dilindungi) ialah sehingga RM1 juta, ia akan dibayar secara sekaligus. Jika Jumlah DIlindungi melebihi RM1 juta, baki Jumlah Dilindungi akan dibayar satu (1) tahun selepas bayaran pertama dibuat, tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful.

Manfaat Badal Haji(upah haji)

Jika berlaku perkara yang tidak diingini iaitu kematian atau HUMK sebelum sempat menunaikan Haji, kami akan memastikan kewajipan Haji Orang Dilindungi disempurnakan dengan membayar RM3,000 kepada Peserta atau Penama untuk menunaikan Badal Haji bagi pihak anda. Manfaat ini akan ditunaikan jika Elaun Haji tidak dituntut dan Orang Dilindungi mesti berumur 16 tahun ke atas. Untuk HUMK, Orang Dilindungi tidak melebihi umur 65 tahun.

Elaun Haji dan Umrah*

Elaun sebanyak RM1,000 akan dibayar bagi mengerjakan Haji dan Umrah. Jika Orang Dilindungi mengerjakan Haji dan Umrah pada masa yang sama, hanya elaun Haji akan dibayar. Manfaat Haji dan Umrah tidak boleh dituntut dalam tahun sijil yang sama dan dengan syarat jarak 12 bulan dan tarikh tuntutan terakhir dibuat.

Manfaat Ihsar*

Apabila Orang Dilindungi dalam keadaan berihram dan terhalang dari menunaikan Haji atau Umrah akibat keadaan kesihatan, Manfaat Ihsar sehingga RM1,000 sepanjang tempoh perlindungan akan dibayar untuk pembayaran balik kos penyembelihan haiwan.

Elaun Penjagaan Anak*

Apabila menunaikan Haji, Orang Dilindungi akan menikmati ketenangan minda apabila anak-anaknya terjaga. Elaun Penjagaan Anak sebanyak RM1,000 akan dibayar. Umur anak mestilah tidak melebihi 18 tahun.
* Sijil hendaklah berkuatkuasa sekurang-kurangnya 5 tahun dan semua sumbangan telah dibayar
Manfaat tambahan (pilihan) pelan ini:
1. Kad Perubatan
2. Elaun Wad
3. Perlunasan Sumbangan
4. Tambah-nilai Sumbangan (jika anda ingin menambah nilai tabung simpanan anda)


Untuk keterangan lanjut sila hubungi kami:
Sh. Rodziah
HP: 019-3218372



Powered byEMF Online Form Builder