Kepentingan mempunyai perlindungan takaful dalam kehidupan



  Pada masa ini perlindungan insuran dan takaful telah menjadi satu keperluan dalam kehidupan. Ianya dapat membantu kita sekiranya menghadapi musibah seperti sakit, kemalangan, kematian, lumpuh dan sebagainya. Sebagai contoh sekiranya kereta kita kemalangan dan melibatkan kos pembaikan yang besar kita terpaksa menggunakan perkhidmatan insuran dan takaful untuk membayar kos pembaikan kenderaan tersebut dan sekiranya kita menghadapi penyakit kronik yang termasuk dalam senarai yang dilindungi pihak insuran dan takaful, pihak ini akan membiayai kos perubatan tersebut. Dan sebaliknya sekiranya kita tidak dilindungi oleh insuran dan takaful maka kita terpaksa membayar dengan wang saku sendiri untuk kesemua perbelanjaan yang timbul daripada kemalangan kereta ataupun kos perubatan untuk merawat penyakit yang dihidapi.

  Di sini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman rakan saya sebelum dan selepas memiliki perlindungan takaful untuk anak beliau. Pada tahun 2012 sebelum beliau membeli perlindungan takaful untuk anak beliau, anak beliau telah dijangkiti penyakit di mana paru-parunya telah dijangkiti kuman. Pada masa tersebut beliau belum mengetahui yang anak beliau dijangkiti penyakit tersebut. Beliau ingatkan ianya hanya demam biasa. Ini hasil pemeriksaan klinik swasta dan hospital. Walaubagaimanapun setelah 3 hari mendapat rawatan klinik dan hospital beliau mendapati tahap kesihatan anak beliau semakin merosot. Dia tidak lalu makan dan suhu badan mencecah 39 darjah. Setelah mendapati anak beliau semakin sakit beliau mengambil keputusan untuk merujuk anak beliau ke Pusat Perubatan Pakar. Walaupun tahu kos yang terpaksa ditanggung sekiranya anak beliau dimasukkan ke hospital tersebut akan mencecah ribuan ringgit, demi kesihatan anak beliau, beliau sanggup berkorban apa sahaja.

  Setelah diperiksa oleh pakar, barulah beliau dimaklumkan bahawa anak beliau dijangkiti kuman di bahagian paru-parunya. Setelah dimaklumkan perkara tersebut doktor menasihatkan supaya anak beliau ditahan di wad untuk mendapat rawatan lanjut. Setelah 4 hari 3 malam dirawat di pusat tersebut beliau terpaksa membayar sendiri kos perubatan yang berjumlah RM4,500. Beliau amat tertekan pada waktu itu kerana kos perubatan tersebut mengakibatkan tekanan kepada kewangan belaiu. Di situlah beliau berfikir jika anak beliau dilindungi oleh takaful, kos tersebut mungkin beliau tidak perlu bayar.

  Setelah berfikir untuk masa depan keluarga serta anak-anak beliau, beliau mengambil keputusan untuk membeli perlindungan takaful untuk anak-anak beliau. Pakej yang beliau ambil adalah termasuk perubatan dan simpanan. Di samping dapat melindungi anak-anak sekiranya dimasukkan ke hospital akibat penyakit beliau juga dapat menabung untuk masa depan mereka.

  Setelah hampir 2 tahun membeli perlindungan tersebut anak beliau sekali lagi dimasukkan ke Pusat Perubatan Pakar akibat jangkitan kuman di usus ataupun istilah mudahnya cirit-birit yang agak kronik. Setelah dimasukkan ke dalam hospital tersebut selama 3 hari beliau dikenakan bayaran sebanyak RM3,000. Setelah merujuk kepada penasihat takaful beliau, beliau hanya perlu membayar sebanyak RM60 sahaja sebagai kos yang tidak ditanggung. Dengan itu, masalah berkaitan dengan pembiayaan kos perubatan untuk untuk anak beliau dapat dipindahkan kepada syarikat takaful. Beliau berasa perlindungan takaful yang beliau ambil amat membantu menyelesaikan mesalah kewangan beliau dan beliau amat berharap agar rakan-rakan lain dapat mengambil iktibar daripada kisah beliau ini untuk perlindungan kesihatan diri ataupun keluarga untuk masa yang akan datang.

  Kepada rakan-rakan yang membaca kisah ini diharap dapat mengambil pengajaran daripada kisah yang berlaku kerana sekiranya musibah ingin berlaku ianya tidak akan menunggu adakah kita sudah bersedia ataupun tidak. Jangan berlengah lagi. Hubungi segera Penasihat Takaful di sini sebelum sesuatu musibah berlaku kepada anda.

Antara kepentingan takaful dalam kehidupan:
 1.       Memberi ketenangan sekiranya anda dan keluarga ditimpa musibah
 2.       Sebagai satu cara dan kaedah melindungi kewangan dan pendapatan anda.
 3.       Memastikan keluarga anda dapat menjalankan kehidupan seperti biasa walaupun ditimpa musibah.
 4.       Mengelakkan anda, isteri dan anak –anak daripada meminta-minta sekiranya ditimpa musibah.
 5.       Memastikan ekonomi tidak terjejas dll.

Mengapa perlu memilih Etiqa Takaful?
1.       Syarikat  ditubuhkan di Malaysia. Syarikat tempatan dan Ahli Kumpulan Maybank. Ini bermakna segala simpanan dan pelaburan anda dapat membantu meningkatkan ekonomi masyarakat dan negara.
 “ Kami tahu apa yang terbaik untuk anda kerana kami dilahirkan di sini”.
2.       Syarikat sangat kukuh. Ahli Kumpulan Maybank (Bank terbesar di Malaysia).
3.       Syarikat takaful terbesar di Malaysia.
4.       Simpanan dan pelaburan anda mengikut syariah. Pemantaun oleh Panel  Syariah Etiqa Takaful.
5.       Kami adalah Penasihat Takaful (ejen) sepenuh masa. Kami memberikan produk dan perkhidmatan takaful terbaik untuk anda tidak mengira waktu.





0 comments: