Pelan Pelaburan Karisma


MULA MENYIMPAN UNTUK PERLINDUNGAN DI MASA DEPAN

Pada masa sekarang mungkin kita sedang bergembira dan berbahagia bersama yang tersayang. Untuk memastikan bahawa detik-detik kebahagiaan ini kekal dalam kehidupan kita, maka amat penting untuk mempersiapkan diri dan keluarga kita dari situasi yang tidak dapat diduga. Dan persediaan boleh dibuat dengan simpanan yang sesuai. Dengan memilih pelan dan perlindungan yang betul, kita akan dapat memastikan masa depan keluarga kita walaupun kita tidak lagi bersama mereka kelak.

"Malaysians are not saving enough and they are not prepared to face a financial meltdown should they lose their job or be retrenched. According to the latest findings from Citi’s Financial Quotient (Fin-Q) 2008 survey, 12% of the Malaysians said they do not save anything at all. In the event of a job loss but with continued regular expenses, one-in-five indicated their savings would last for only four weeks. On average, Malaysians reported having 11 weeks of savings in reserve." - Source: The Star, 19 February 2009.

Ciri-ciri Pelan
Karisma merupakan pelan takaful yang menyediakan perlindungan bagi Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal. Pelan ini juga menyediakan Manfaat Hidup sehingga sepuluh peratus (10%) dari Jumlah Asas Dilindungi yang dibayar setiap dua (2) tahun sepanjang tempoh kontrak. Sebagai tambahan, pada akhir tempoh sijil, anda akan menerima nilai terkumpul dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP) dan sebarang lebihan yang diperuntukkan daripada Dana Risiko Peserta (DRP).

Jumlah perlindungan minima : RM12,500.00
Tempoh yang ditawarkan : 20 & 30 tahun

Had umur layak menyertai : 14 hari hingga 60 tahun

Manfaat Asas
Kematian - Sekiranya berlaku Kematian terhadap Orang Dilindungi sebelum tamat tempoh Takaful disebabkan oleh kejadian semulajadi atau kerana kemalangan, Jumlah Dilindungi, Perbelanjaan Pengebumian sebanyak RM1,000 ditambah nilai terkumpul dalam DPP akan dibayar.
Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal - Sekiranya berlaku HUMK terhadap Orang Dilindungi sebelum berumur 65 tahun (hari lahir berikutnya), Jumlah Asas Dilindungi akan dibayar, dengan syarat hilang upaya telah berlaku sekurang-kurangnya enam (6) bulan berturut-turut.   Sebagai tambahan, nilai terkumpul dalam DPP, jika ada, akan dibayar bersama dengan ansuran pertama Jumlah Dilindungi dan sumbangan pada masa hadapan akan dikecualikan, bermula dari tarikh berlakunya HUMK.

Manfaat Hidup
Tahun Sijil              Bayaran Tunai (% daripada *Jumlah Dilindungi)
   2 - 10                                             5%
 12 - 20                                             7.5%
22 ke atas                                         10 %
* Tidak termasuk Jumlah Dilindungi bagi rider (jika ada). Pembayaran Manfaat Hidup dibayar daripada DRP.

Manfaat Matang
Semasa tempoh matang, Peserta akan menerima Manfaat Hidup serta nilai terkumpul dalam DPP termasuk lebihan (jika ada) daripada DRP.

Rider Tambahan (Orang yang dilindungi)
1. Rider 'Regular Topup'
2. Rider Manfaat Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal Akibat Kemalangan
3. Rider Indemniti Kemalangan
3. Rider Manfaat Tunai Hospital
4. Rider 'Medic Save'
5. Rider Bertempoh
6. Rider Penyakit Kritikal
7. Rider Pengecualian Sumbangan untuk Penyakit Kritikal
Rider Tambahan (Peserta/Pembayar)
1. Rider Bertempoh
2. Rider Manfaat Pendapatan Keluarga
3. Rider Pengecualian Sumbangan Penyakit Kritikal
4. Rider Pengecualian Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal.

Kaedah Pembayaran
Bulanan, Suku Tahun, Setengah Tahun atau Tahunan.

Apakah terma-terma dan syarat-syarat utama yang perlu anda tahu:
1. Kepentingan pendedahan – Anda harus mendedahkan semua fakta seperti keadaan perubatan, dan menyatakan usia Anda dengan betul.
2. Tempoh Tangguh – Sijil Anda mungkin akan luput jika Anda tidak membayar sumbangan Anda dalam tempoh tiga puluh satu (31) hari dari tarikh sumbangan perlu bayar.
3. Anda harus memastikan bahawa pelan ini memenuhi keperluan Anda dan Anda mampu untuk membayar sumbangannya.
Nota: Senarai ini tidak menyeluruh. Sila rujuk kepada Sijil Takaful untuk terma-terma dan syarat-syarat sijil ini.


Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Syarifah di 019-3218372 (call/SMS/whatsapp) atau 

email ke: isya8327@gmail.com

0 comments: