Takaful Kemalangan Peribadi (Flexi PA)



Flexi PA
Sentiasa bersama anda di jalan raya dengan hanya RM73.60 SETAHUN.

Berada di atas jalan raya merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian anda. Anda memandu ke tempat kerja, keluar bertemu rakan-rakan, dan pulang ke pangkuan yang tersayang. Walau bagaimanapun, keselamatan anda perlu diutamakan kerana situasi di jalan raya adalah agak mencabar. Oleh itu, ia amat penting bagi anda untuk melindungi diri daripada situasi yang tidak diduga dengan pelan perlindungan yang menyeluruh. Flexi PA adalah pelan perlindungan kemalangan diri yang melindungi anda dan keluarga anda daripada beban kewangan sekiranya berlaku kemalangan.

“Penyelidikan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan bahawa purata 18 orang terbunuh di jalan raya Malaysia setiap hari. Angka ini dijangka meningkat kepada 29 pada tahun 2020. Penyelidikan MIROS meramalkan bahawa kemalangan maut akan mencatat 10,716 kematian pada tahun 2020 berbanding dengan purata 6,915 kematian tahunan pada tahun-tahun kebelakangan ini.” Sumber: New Straits Time Online, 9 Julai 2014

Manfaat Utama
 Perlindungan Kematian Akibat Kemalangan
 *Perlindungan Kematian Akibat Kemalangan sebanyak RM50,000 dengan fleksibiliti untuk memberi kebenaran bagi melangsaikan baki bayaran ansuran kenderaan anda.

Perlindungan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)
*Sekiranya berlaku Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) akibat kemalangan, orang yang tersayang dilindungi dari segi kewangan dengan pembayaran sekaligus.

Elaun Kemasukan ke Hospital
*Menyediakan pampasan tunai sekiranya anda dimasukkan ke hospital.

Sumbangan yang Berpatutan 
*Anda dilindungi dengan sumbangan serendah RM0.24 sen sehari.

Tiada Pemeriksaan Perubatan Diperlukan
*Permohonan yang mudah. Tiada laporan kesihatan diperlukan.

Perlindungan di Serata Dunia
 *Anda dilindungi 24 jam sehari, di mana sahaja anda berada.

Kelayakan
Umur Kemasukan: 18 tahun sehingga 65 tahun, boleh diperbaharui sehingga 70 tahun.

Ringkasan Manfaat

Manfaat
   Jumlah Dilindungi (RM)
Kematian Akibat Kemalangan
   RM50,000
Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal Akibat Kemalangan
   RM50,000
Elaun Kemasukan ke Hospital
RM50 satu malam, sehingga RM5,000

Nota:
1.Sumbangan Tahunan: RM73.60 (termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan + Duti Setem RM10.00)
2. Tempoh perlindungan adalah satu (1) tahun. Anda perlu memperbaharui Sijil Takaful anda setiap tahun.

 Bagaimana Cara untuk Menyertai atau Memperbaharui?
Hubungi Penasihat Kewangan Takaful di talian 019-3218372.
Anda juga bole SMS/Whatsapp PA<jarak> NAMA ke 019-3218372. Kami akan hubungi anda semula untuk proses permohonan selanjutnya.

Bagaimana Cara untuk Membuat Tuntutan?
Anda boleh menghubungi Etiqa Claims Assist di talian 1300 88 1007 untuk membuat tuntutan. Anda dinasihatkan supaya menyimpan resit asal dan semua tuntutan mestilah dimaklumkan kepada kami dalam masa tiga puluh (30) hari.
Powered byEMF Web Form

0 comments: