Pengenalan Syarikat


PENGENALAN SYARIKAT
Dalam tahun 2005, Mayban Fortis(Ageas), sektor insurans dan takaful Maybank yang merangkumi Mayban General Assurance, Mayban Life Assurance dan Mayban Takaful bergabung dengan Malaysia National Insurance Berhad, syarikat insurans kebangsaan terbesar dan subsidiarinya, Takaful Nasional Sdn Bhd, operator Takaful terunggul di Malaysia. Penggabungan ini melonjak kedudukan Mayban Fortis(Ageas) sebagai syarikat insurans kedua terbesar di Malaysia.

Pada akhir tahun 2007, usaha penggabungan dengan Malaysia National Insurance dan Takaful Nasional telah membawa kepada perubahan jenama untuk keseluruhan kumpulan insurans dan takaful ini kepada jenama - Etiqa. Etiqa manjadi jenama utama untuk semua perniagaan insurans dan takaful di bawah Maybank Fortis(Ageas). Kelima-lima entiti perniagaan kini dikumpulkan di bawah 2 subsidiari utama, masing-masing untuk insurans dan takaful - Malaysia National Insurance Berhad kini dikenali sebagai Etiqa Insurance Berhad dan Takaful Nasional Sdn Bhd kini dikenali sebagai Etiqa Takaful Berhad.

Untuk tahun kewangan 2009/2010, jumlah premium terkumpul Etiqa adalah sebanyak RM 4.5 bilion (USD 1.45 bilion) sementara sumbangan Takaful adalah sebanyak RM 1.95 bilion (USD 631 bilion), menjadikan Etiqa sebagai syarikat insurans kedua terbesar di Malaysia dan operator Takaful yang terunggul di negara ini, dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM 422 juta (USD 136 juta).

Pada hari ini, Etiqa menawarkan produk insurans dan takafulnya melalui pelbagai saluran seperti melalui 23,000 tenaga agensinya, 30 cawangan insurans dan takafulnya, lebih daripada 450 cawangan Maybank, ATM dan bank-bank pihak ketiga dan ini secara langsungnya menyediakan kemudahan sepenuhnya kepada para pelanggan.

Etiqa berpegang teguh kepada landasan jenamanya iaitu menginsakan insurans dan takaful. Di dalam industri yang mana perjanjian dipenuhi dengan salinan dan tulisan-tulisan kecil, Etiqa menginsankan proses ini dengan membuat perubahan melalui ketelusan, kekuatan dan kejujuran. Dengan asas yang padu, Etiqa mempunyai kemampuan untuk bekerjasama dengan para pelanggan dan menjadi kehidupan mereka lebih bermakna.

Disokong oleh bank terbesar di Malaysia, keutuhan kewangan Etiqa menjadikannya lebih bersedia untuk menjadi syarikat insurans terunggul di Malaysia. Etiqa telah pun berada di kedudukan teratas untuk perniagaan Takaful dengan pegangan pasaran sebanyak 44% pada tahun 2010. Etiqa juga berada di tangga pertama dalam perniagaan insurans dan takaful hayat/keluarga (perniagaan baru) dan am.

Sejak dilancarkan pada tahun 2007, Etiqa terus mendapat pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa sebagai bukti keunggulannya di dalam industri ini. Etiqa telah memenang anugerah '‘Best Takaful Marketing’ di International Takaful Awards 2008 di London, anugerah ‘Most Outstanding Takaful Company’ di Kuala Lumpur Islamic Finance Forum 2008 and sekali lagi pada tahun 2009, anugerah ‘Best Brand in Services – Insurance and Takaful’ di Brand Laureate Award Night 2009 di Kuala Lumpur dan anugerah ‘Best Bancatakaful’ di International Takaful Awards 2009 di London.



Anugerah Pencapaian Etiqa Takaful




Pengawasan Badan Syariah

Objektif :
Mengawasi dan menyelia operasi Etiqa Takaful Berhad Kumpulan Maybank dari segi pengurusan dana, pelaburan, perkongsian keuntungan dan lain-lain perkara berkaitan, bagi memastikan ia dijalankan selari dengan prinsip dan hukum syarak.

Nota: Senarai ahli ini adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.