Pelan Prisma dan Prisma+


PELAN PERLINDUNGAN EKSKLUSIF PRISMA & PRISMA+

Prisma ialah pelan perlindungan yang menawarkan perlindungan meluas dengan kadar sumbangan yang rendah. Ia tidak mempunyai elemen simpanan atau nilai tunai kerana sumbangan bersih 100% diperuntukkan ke dalam Dana Risiko Peserta (DRP) bagi memaksimumkan perlindungan. Di bawah pelan ini, Jumlah Perlindungan Asas dibayar sekiranya kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal berlaku kepada Orang yang Dilindungi semasa tempoh sijil.
Prisma+ ialah pelan simpanan yang menawarkan elemen perlindungan dan simpanan untuk keperluan kewangan masa hadapan anda. Ia merupakan pelan fleksibel yang membantu untuk mengukuhkan perlindungan kewangan keluarga anda. Di bawah pelan ini, Jumlah Perlindungan Asas dibayar sekiranya kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal berlaku kepada Orang yang Dilindungi semasa tempoh sijil. Tambahan lagi, pada akhir tempoh sijil, anda akan menerima nilai terkumpul di dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP) dan lebihan daripada Dana Risiko Peserta (DRP)

KLIK UNTUK PERMOHONAN QUOTATION PERCUMA!

PERBEZAAN DI ANTARA PRISMA & PRISMA+

CIRI - CIRI
PRISMA
PRISMA+ (Plus)
Sumbangan MinimaRM 50.00RM 50.00
Had Umur Layak Menyertai19 Tahun hingga 60 Tahun19 Tahun hingga 60 Tahun
Tempoh Yang Ditawarkan10 Tahun Ke Atas10 Tahun Ke Atas
Had Umur88 Tahun88 Tahun
Manfaat AsasKematian, Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal dan Manfaat MatangKematian, Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal dan Manfaat Matang
Bayaran Manfaat KematianSekiranya Orang yang Dilindungi meninggal dunia sebelum berakhirnya tempoh Takaful atas sebab semula jadi atau kemalangan, Jumlah Dilindungi, Seribu Ringgit (RM1,000) Perbelanjaan Pengebumian beserta nilai terkumpul di dalam DPP akan dibayarSekiranya Orang yang Dilindungi meninggal dunia sebelum berakhirnya tempoh Takaful atas sebab semula jadi atau kemalangan, Jumlah Dilindungi, Seribu Ringgit (RM1,000) Perbelanjaan Pengebumian beserta nilai terkumpul di dalam DPP akan dibayar
Bayaran Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan KekalSekiranya Orang yang Dilindungi mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal, Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar, dengan syarat Hilang Upaya tersebut berterusan untuk tempoh sekurang-kurangnya enam (6) bulan. Selain daripada itu, nilai terkumpul dalam DPP, jika ada, akan dibayar bersama-sama dengan Jumlah Dilindungi dan sumbangan yang belum dibayar akan dikecualikan, bermula dari tarikh berlakunya Hilang Upaya Menyeluruh dan KekalSekiranya Orang yang Dilindungi mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal, Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar, dengan syarat Hilang Upaya tersebut berterusan untuk tempoh sekurang-kurangnya enam (6) bulan. Selain daripada itu, nilai terkumpul dalam DPP, jika ada, akan dibayar bersama-sama dengan Jumlah Dilindungi dan sumbangan yang belum dibayar akan dikecualikan, bermula dari tarikh berlakunya Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal
Bayaran Manfaat MatangPada tempoh matang, Orang yang Dilindungi akan menerima nilai terkumpul di dalam Dana Pelaburan Risiko dan baki lebihan (sekiranya ada)Pada tempoh matang, Peserta akan menerima nilai terkumpul di dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP) dan baki lebihan (sekiranya ada) daripada Dana Risiko Peserta (DRP)
Rider Tambahan1. Rider Manfaat Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal Akibat Kemalangan
2. Rider Indemniti Kemalangan
3. Rider Manfaat Tunai Hospital
4. Rider 'Ultra Medic Rider' (Tambahan Kad Kesihatan)
5. Rider Penyakit Kritikal
6. Rider Pengecualian Sumbangan untuk Penyakit Kritikal
1. Rider Manfaat Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal Akibat Kemalangan
2. Rider Indemniti Kemalangan
3. Rider Manfaat Tunai Hospital
4. Rider 'Ultra Medic Rider' (Tambahan Kad Kesihatan)
5. Rider Bertempoh
6. Rider Penyakit Kritikal
7. Rider Pengecualian Sumbangan untuk Penyakit Kritikal
Kaedah BayaranBulanan, Suku Tahun, Setengah Tahun atau TahunanBulanan, Suku Tahun, Setengah Tahun atau Tahunan

0 comments: