Etiqa memudahkan proses pembaharuan Insurans dan Takaful motor – siap hanya dalam 5 minit




Adakah proses memperbaharui Insurans motor atau Takaful dalam talian menyusahkan anda dengan muka surat demi muka surat borang untuk diisi? Katakan selamat tinggal pada kedutan di dahi anda, kerana dengan Etiqa, anda boleh dapatkan sebut harga dan melengkapkan proses pembaharuan Insurans motor atau Takaful hanya dalam dua langkah mudah!

Hanya butiran asas seperti IC, nombor pendaftaran kenderaan dan poskod yang diperlukan, kerana butiran lain yang lebih teknikal akan dimasukkan secara automatik. Seterusnya, isikan jumlah yang diinsuranskan atau coverage yang anda kehendaki, dan anda sudah selesai! Anda kemudiannya boleh meneruskan pembaharuan pembayaran dan cukai jalan apabila menerima butiran Cover Note anda. Mudah, kan?



Pembaharuan dengan Etiqa akan memberi anda manfaat tambahan ini:
1. Tidak perlu menamakan semua pemandu yang diberi kuasa (authorized driver), kerana mereka akan dilindungi secara automatik tanpa kos tambahan.

2. Tiada bayaran tambahan (excess) ke atas kenderaan anda di bawah Perlindungan Komprehensive, Kebakaran & Kecurian Pihak Ketiga.

3. Kelulusan tuntutan pantas dalam 30 minit untuk tuntutan kemalangan di bawah RM30,000, di semua Bengkel Premier Etiqa.

Kini anda hanya perlukan lima minit untuk memperbaharui Insurans motor atau Takaful anda. Untuk maklumat lanjut atau untuk mendapatkan sebut harga, klik disini



Powered byEMF Online HTML Form

0 comments: