Kanser Payudara Sudah Tahap 3, Dah Bernanah Tapi Kini Disahkan Sembuh
Sepenuhnya. Wanita Cantik Ini Kongsi Kisah Bagai Mati Hidup Semula
Setiap wanita mesti takut bola dikaitkan
dengan kanser. Menghidap kanser pada usia muda, bulan calang-calang orang yang
boleh menerima berita ini dengan tenang. Ada yang buat keputusan untuk terus
menyendiri kerana tak boleh terima kenyataan. Dunia terasa terhenti dan di
hadapannya hanya ada kematian.
Wanita bernama Murni Hafiza bt Mohd Zamri, 33 tahun
disahkan ada kanser payudra pada usianya 25 tahun. Ketika itu, dia membuat
pemeriksaan sendiri keadaan payudranya dan mendapati ada ketulan pada payudara
sebelah kanan.
Tak pergi hospital
“Bila dapat tahu saya ada kanser, saya macam tak
percaya. Antara boleh terima kenyataan dan tak boleh terima kenyataan tu sama
banyak. Bila doktor kata payudara saya nak kena buang, saya takut. Akhirnya dua tahun
saya langsung tak pergi hospital,” cerita Murni.
Namun akhirnya apabila keadaan payudranya semakin
teruk sehingga keluar nanah, barulah dia akur dengan kenyataan dan pergi ke
hospital untuk mendapatkan rawatan.
Menurut Murni, ketika itu anaknya, Athirah Najwa baru
berusia setahun lebih. Sebagai ibu sudah tentulah dia mahu melihat anak
membesar dan menikmati kehidupan dengan bahagia. Atas dasar itulah dia tabahkan
hati dan menyerah diri kepada hospital.
Sakitnya kemoterapi
Demi membunuh sel-sel knser, seseorang pesakit kanser
itu perlu menjalani rawatan kemoterapi. Begitu juga dengan Murni. Dia turut
menjalani rawatan tersebut.
“Memang banyak kesan yang saya dapat selepas buat
kemoterapi. Saya muntah-muntah, tak lalu makan. Tapi lama-lama badan kita boleh
terima ubat yang dimasukkan masa proses kemo tu,” kata Murni.
Disebabkan tidak tahan sakit rawatan kem0terapi,
memang Murni mengakui pernah putus asa nak melalui satu demi satu rawatan
kemoterapi. Tapi dia bersyukur kerana mempunyai suami, Shahizul Hafiz, yang
sangat menyokong dirinya. Kata-kata semangat yang diberikan menyuntik motivasi
dan pemikiran positif untuk dia meneruskan rawatan.
“Sepanjang menjalani rawatan, saya terpaksa jauh
daripada anak. Keluarga saya banyak ambil alih tugas sebagai ibu. Memang sedih,
tapi nak buat macam mana. Saya kena kuat untuk melawan sakit ni,” cerita Murni.
Tolak tepi semua stres
Pada hari ini memang susah nak elak stres sebab banyak
situasi yang boleh menyebabkan stres. Namun demi menjaga kesihatan dia perlu
menolak jauh-jauh perasaan stress. Malah dia turut mengakui tiada mana nak
fikir masalah yang bukan-bukan. Bagi Murni, hidup perlu diteruskan dan dia buat
apa yang dia suka buat. Kini, Murni aktif berniaga minuman kultur Yakult.
Murni berkongsi kisahnya ketika dijemput sebagai panel
The Survivor Stories anjuran Vanilla Kismis sempena MisFit 2018, di PWTC Kuala
Lumpur baru-baru ini.
Bebas kanser
Tahun 2017 adalah tahun paling membahagiakan buat
Murni. Dia disahkan bebas kanser selepas melalui 6 pusingan kemoterapi dan 21
kali pusingan radioterapi dalam tempoh enam tahun. Ya, walaupun perit menjalani
rawatan kanser yang menyakitkan, namun akhirnya berbaloi. Sel kanser yang
menyebabkan dia terpaksa melalui pembedahan membuang payudara sebelah kanan itu
sudah mati sepenuhnya.
“Bagai mati hidup semula bila doktor sahkan saya dah
bebas kanser. Saya gembira dan ingin hidup bahagia dengan suami dan anak,”
ujarnya yang kini menyambut ulang tahun perkahwinan ke sepuluh.
Nasihat Murni untuk pesakit kanser
1. Jangan putus asa jalani rawatan.
2. Jangan stres.
3. Jangan menyendiri.
4. Bergaul dengan pesakit knser.
5. Aktif dalam persatuan.
6. Buat apa yang kita suka.
7. Nikmati kehidupan dengan orang tersayang.
8. Ubah gaya hidup lebih sihat.
9. Jangan anggap diri kita tak sempurna tanpa anggota
badan yang lengkap.
10. Kuat semangat!
Semoga bermanfaat.Jangan lupa like komen dan share ya.
Sumber : vanillakismis
0 comments: