Amalan menabung 10% pendapatan


Bila merujuk kpd banyak buku2 ttg merancang kewangan….rata2 kebanyakan pakar2 berpendapat ….salah satu langkah permulaan utk menjana kekayaan ialah amalan menyimpan 10% drpd pendapatan yg kita perolehi. Dan saya mmg sangat bersetuju ttg hal ini. Bahkan telahpun terbukti berkesan sejak dahulu lagi. Satu konsep yg sangat simple dan mudah.

Ada org berpendapat jika nak jadi kaya, nak tak nak mestilah berniaga… atau pandai ilmu mencari peluang melabur dlm saham2 yg boleh meraih keuntungan yg tinggi…atau melabur didlm hartanah….atau masuk skim cepat kaya (yg belum tentu boleh kaya malah terpedaya) ….dan bermcm2 lagi peluang. Persoalannya sekarang ialah kalau kita tak ada bakat atau minat berniaga ataupun mempunyai ilmu2 pelaburan sedemikian…..adakah kita dianggap org yg rugi dan terlepas peluang? Tidak juga….

Konsep yg dinyatakan tadi mmg sangat mudah…rasanya semua org biasa pun boleh buat. Semua org ada peluang yg sama utk menjana kekayaan….tak perlu jadi pakar pelaburan pun. Saya disini cuma nak berkongsi ilmu diatas melalui satu buku ni yg mmg menarik perhatian saya. Penyampaiannya agak sedikit berbeza drpd buku2 kewangan lain yg pernah saya baca sebelumnya. Ditulis oleh seorang saintis barat bernama Prof Dr Michael J Duckett.

Saya terjemahkan sedikit karyanya……. katanya simpan 10% drpd apa yg kamu perolehi…kemudian laburkan kedalam perkara2 yg boleh memberi lebih banyak wang. Elakkan sama sekali mengusik wang ini kecuali digunakan utk perkara2 yg boleh menjana lebih banyak wang lagi. Jika kamu ikuti cara2 yg sangat mudah ini …kekayaan pasti datang dgn cepat.

Banyak org kata bayar bil2 hutang perlu diutamakan dahulu…tetapi Prof ini mencadangkan sebaliknya iaitu bayar diri anda dahulu dgn menyimpan 10% pendapatan. Jangan miss yg ini. Kenapa? Sbbnya ialah kerana nak mewujudkan momentum kekayaan itu berada di dalam fikiran anda. Kewujudan momentum ini secara tak langsung akan mewujudkan pula satu mindset baru iaitu kepercayaan utk menarik lebih banyak wang.

Kalau ikut kiraan simple matematik….katalah anda bergaji $5,000 sebulan…10% maknanya kena simpan $500 sebulan …makanya dlm setahun anda akan ada sejumlah $6,000 betul? Wang mempunyai tenaga…katanya lagi …macam tenaga atom…dan cara tenaga ini berkembang sangat berbeza berbanding dgn nilai wang itu sendiri. Nilai $6,000 tadi tidak mustahil boleh berkembang dgn lebih banyak lagi ibarat magnet yg boleh menarik duit…dsbbkan oleh kewujudan mindset baru yg telah disebutkan tadi.Kenapa? Wang mempunyai aliran dan momentum tersendiri. Bila anda sentiasa berada di tahap aliran momentum ini…ianya akan menjadi spt magnet….lebih banyak lagi wang akan terhasil dan mengalir ke dlm hidup anda.

Inilah maksud saya kenapa buku ini agak berbeza….simpan 10% tu atau perlu bayar diri dahulu mmg ada banyak terjumpa…tapi tak diterangkan pula kenapa perlu berbuat demikian? Rupa2nya bukanlah ttg berapa banyak peratusan tu…tetapi yg nak disampaikan sebenarnya ialah ttg pembentukan new mindset…iaitu satu mindset yg terarah dlm mencipta getaran wang …lebih kurang mcm tu lah. So sekarang baru saya faham… wang mempunyai tenaga utk menarik lebih banyak wang lagi. Law of Attraction lah tu….likes attract likes

Tak kiralah berapa yg anda mampu simpan. Yg penting mulakan dulu momentum utk menyimpan…

Mari kita sama2 praktikkan….semoga berhasil

0 comments: