Thursday, February 3, 2011

Pelan insurans / takaful mana terbaik di pasaran ?

Bagi menjawab soalan di atas, jawapannya adalah – semua plan yang terdapat di pasaran adalah baik, cuma tanggungjawab anda sebagai ketua keluarga adalah memilih yang terbaik dan bersesuaian dengan keperluan anda.

Sekiranya anda masih tercari – cari plan insurans / takaful untuk keluarga, ataupun sudah memiliki salah satu darinya, pastikan plan tersebut dapat :

1) Membayar hutang sekiranya anda sudah tidak berupaya bekerja

Sekiranya pencari nafkah hilang upaya bekerja, pastikan plan tersebut dapat menggantikan wang gaji anda agar hutang – hutang tetap seperti hutang kereta, hutang peribadi, hutang kad kredit dan lain – lain, dapat diganti seperti mana sebelumnya. Bayangkan jika anda sudah tidak bekerja, punca pendapatan automatik lenyap begitu sahaja, mungkin ada sedikit simpanan di sana sini, tapi tak mungkin dapat menanggung sehingga 10 tahun atau lebih bukan? Di sini lah pentingnya plan insurans / takaful tadi.

2) Wang sara hidup keluarga dapat diwujudkan walaupun anda sudah hilang upaya bekerja

Kata orang, kehidupan perlu diteruskan. Tapi kalau hilang punca pendapatan, nak meneruskan kehidupan agak memeritkan, setuju? Bayangkan gaji RM 4 ribu RM 6 ribu tup tup dah hilang..mesti keluarga akan mengalami satu keadaan dipanggil bencana kewangan, iaitu kehilangan punca pendapatan yang berlaku secara tiba – tiba akibat kegagalan pencari nafkah utama yang sudah tidak mampu bekerja.

Perkara ni penting, jadi pastikan jumlah coverage yang anda ambil, dapat menggantikan gaji anda untuk keluarga agar mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. Jangan pula beli insurans tapi basic coverage setakat RM 60 000, tak sampai setahun boleh habis.

Bagi suami yang bekerja seorang, perkara ini tidak boleh diambil mudah, kerana isteri anda pastikan akan tenggelam punca apabila anda sudah tidak mampu memberikan nafkah bulanan kepada beliau dan kebuntuan isteri anda untuk mencari nafkah bagi menggantikan tempat anda…

3) Mengurangkan beban kewangan sekiranya ahli keluarga ditimpa penyakit

Kalau anda tahu kos untuk merawat penyakit kritikal pada hari ini, anda tentu tak berani nak beli kereta atau rumah. Mana taknya, kos tersebut boleh membeli rumah, boleh membeli kereta. Maknanya, kos merawat penyakit kritikal pada hari ini melonjak tinggi dalam masa 10 tahun ini.

Demi menyelamatkan simpanan atau pelaburan anda, pastikan plan insurans / takaful boleh memberikan satu jaminan kewangan bagi mengurangkan beban kewangan anda sekiranya anda atau salah seorang ahli keluarga ditimpa penyakit kritikal.

4) Jaminan kewangan bagi pelaburan pendidikan anak – anak

Tujuan murni anda bakal tersekat sekiranya anda hilang upaya bekerja selamanya. Bermakna, anda sudah tidak mampu menabung untuk pelaburan pendidikan anak – anak anda. Plan insurans / takaful pada hari ini menyediakan satu jaminan kewangan dan pelaburan, sekiranya pencari nafkah meninggal dunia / hilang upaya bekerja / mendapat penyakit kritikal.

Jadi, pastikan plan yang anda pilih dapat menjamin perkara ini.

5) Jaminan kewangan untuk pelaburan hari tua

Kadang – kadang, panas disangka sampai kepetang, tapi hujan pula ditengahari. Pelaburan yang anda simpan mungkin akan tersekat jika anda hilang upaya bekerja. Kalau boleh, ambil basic coverage yang tinggi, supaya sebahagian kecil dana tersebut dapat digunakan bagi tujuan pelaburan hari tua.

Sekiranya basic coverage tinggi, dan dana ini dapat menggantikan gaji anda secara bulanan, keluarga boleh bertenang sedikit kerana jaminan kewangan bagi kehidupan masa hadapan mereka sudah tersedia. Dengan ini, perancangan hari tua dapat dirancang semula dengan lebih efektif.

6 ) Pelaburan

Ramai orang beli insurans, mahukan pelaburan dan jaminan kewangan semula selepas 20 tahun mencarum. Ya itu betul, tetapi pastikan perkara 1 – 5 di atas dipenuhi dahulu sebelum memikirkan soal pelaburan. Mungkin anda hanya mempunyai bajet RM 100, tapi anda juga mahukan pulangan pelaburan tinggi selepas beberapa tahun, rasanya langkah ini tidak berapa sesuai.

Nasihat saya, pastikan perkara 1 – 5 tadi dapat dipenuhi dan dijamin, barulah kalau anda ada duit lebih, bolehlah membuat pelaburan untuk pelbagai tujuan.

Ada juga agen insurans / takaful tanpa menyelidiki latar belakang kewangan anda, terus memberikan plan dengan basic coverage yang rendah ( walaupun pulangan tinggi ). Bagi saya langkah ini tidak berapa sesuai, kerana jika anda menerima plan agen terbabit, maknanya anda hanya membeli produk. Produk yang mungkin jika anda guna, akan habis dalam masa yang cepat ataupun produk yang tidak memenuhi keperluan kewangan anda, walaupun produk tersebut bagus dalam pasaran.

Apa yang patut anda buat adalah, beli PENYELESAIAN / SOLUTION kepada masalah kewangan anda yang memenuhi keperluan kewangan keluarga sekiranya kecemasan berlaku.

Tempoh yang paling kritikal

Tempoh yang paling kritikal untuk anda membeli insurans / takaful ini adalah tempoh dimana anda berada dikemuncak kehidupan iaitu semasa anda banyak hutang, semasa anda menanggung isteri dan anak – anak yang masih kecil, masih menanggung orang tua, masih mempunyai pelbagai komitmen kewangan yang banyak….tempoh ini lah yang paling penting bagi diri anda untuk mempunyai satu plan insurans / takaful yang komprehensif.

Bila dah sampai tua, kurang sedikit komitmen kewangan dan keperluan insurans / takaful tersebut, disini anda boleh tumpukan kepada insurans kesihatan dan lain – lain yang berkaitan.

0 comments:

Post a Comment

Mohon Quotation Di Sini

Pelan Pilihan: Kad Perubatan(pembiayaan 100% bil perubatan)
Simpanan Harmoni (pelan simpanan dan perlindungan)
Dana Pendidikan Intelek (dana pendidikan anak)
Mabrur (simpanan haji dan umrah)
Bajet Bulanan:
Adakah anda ingin memiliki kad perubatan? Ya
Tidak
Nama:
Tarikh Lahir:
No.telefon (mobile):
Alamat:
Jantina: Lelaki
Perempuan
Pekerjaan:
Merokok atau tidak? Ya
Tidak
Email Address:
Pernahkah anda menghidap sebarang penyakit kritikal? (Jika YA nyatakan di maklumat lain) Ya
Tidak
Adakah anda berminat menjadi Wakil/Ejen Takaful Keluarga? Ya
Tidak
Maklumat lain?(Sila Nyatakan)

Get your own free form like this one.