World Traveller Care


WORLD TRAVELLER CARE
(TAKAFUL)
 

Kembara adalah kepulangan dengan kenangan, bukan kebimbangan.
Melihat dan mengenali tempat-tempat baru seringkali menyeronokkan. Namun pengembaraan boleh menimbulkan kesulitan, daripada perjalanan anda dibatalkan sehingga kehilangan bagasi. Jadikan kami teman perjalanan anda dan kami akan melindungi anda di setiap langkah. Anda tidak perlu risau jika kaki terseliuh atau perjalanan ditangguhkan. Dengan kami di sisi anda, anda boleh merasai kenangan baru dan pulang tanpa kebimbangan.

Jaringan Keselamatan Semasa di Luar Negara
World Traveller Care Takaful adalah pelan Takaful perjalanan untuk melindungi anda sekiranya anda menghadapi sebarang musibah yang tidak dijangka semasa mengembara. Ia mempunyai liputan di seluruh dunia dengan 4 pelan dan jenis manfaat yang disediakan untuk pengembara sebagai individu atau bersama keluarga.

Pelan Lawatan Tunggal
Untuk perjalanan tunggal ke destinasi-destinasi percutian impian anda atau untuk tujuan perniagaan, anda boleh memiliki perlindungan jenis ini sama ada anda mengembara di dalam atau di luar negara.

Pelan Lawatan Tahunan
Untuk yang kerap mengembara, anda boleh menjimatkan wang, masa dan kerumitan menyertai pelan Takaful perjalanan setiap kali anda ingin membuat perjalanan. Tiada sebarang had dikenakan ke atas kekerapan perjalanan selagi setiap perjalanan tidak melebihi 90 hari berturut-turut.

Manfaat Utama

  • Bila-bila Masa, Di Mana Sahaja
    Di mana sahaja, pada bila-bila masa, Perkhidmatan Bantuan Perjalanan dan Perubatan 24 jam disediakan dengan hanya satu panggilan sahaja.
  • Perlindungan Komprehensif
    World Traveller Care Takaful membolehkan anda memilih untuk mendapatkan perlindungan yang menyeluruh untuk pasangan dan anak-anak anda.
  • Perlindungan Perubatan
    Nikmati faedah yang merangkumi pelbagai keperluan perubatan anda seperti kemasukan hospital, perbelanjaan rawatan dan manfaat penjagaan ihsan. Perlindungan manfaat adalah sehingga RM1,0000,000 bergantung kepada pelan yang dipilih.
  • Kesulitan Perjalanan
    Anda tidak perlu bimbang tentang musibah pengembaraan, kerana World Traveller Care Takaful akan memberi pampasan atas perbelanjaan yang ditanggung akibat daripada sebarang kesulitan seperti pembatalan perjalanan, dan kelewatan perjalanan.
  • Kehilangan atau Kelewatan Bagasi
    Jika bagasi anda tidak tiba atau lewat ke destinasi anda, anda akan dibayar pampasan untuk kesulitan yang dialami.
  • Kehilangan Dokumen Perjalanan
    Nikmati perjalanan secara berterusan walaupun anda kehilangan dokumen kerana World Traveller Care Takaful akan menguruskannya untuk anda. Manfaat ini termasuk perlindungan untuk kehilangan visa, pasport dan tiket perjalananan.
  • Kematian akibat Kemalangan atau Hilang Upaya Kekal
    Sekiranya berlaku Kematian akibat Kemalangan atau Hilang Upaya Kekal, perlindungan sehingga RM500,000 bagi setiap orang dewasa dan RM1,500,000 untuk keluarga akan dibayar.
  • Perlindungan terhadap Keganasan
    Menyediakan perlindungan bagi kecederaan anggota badan, Kematian atau Hilang Upaya Kekal yang dialami dan kerugian atau kerosakan (untuk manfaat berkenaan) akibat daripada kegiatan keganasan di mana Orang Yang Dilindungi tidak terlibat dalam kegiatan tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung.


Kelayakan
Individu/Dewasa mestilah berumur di antara 18 hingga 70 tahun, warga emas mestilah berumur di antara 71 hingga 80 tahun dan kanak-kanak mestilah berumur sekurang-kurangnya 45 hari dan di bawah 23 tahun sekiranya masih belajar sepenuh masa.

Perkhidmatan Bantuan Perjalanan dan Perubatan 24 jam
1. Talian hotline:
 03-2161 0270 (Nombor panggilan semula)

2. Beroperasi secara 24/7, perlindungan 365 hari setahun di seluruh dunia.

3. Menyediakan bantuan perjalanan dan perubatan di seluruh dunia dengan lebih daripada 400,000 penyedia perkhidmatan dan mampu bertutur di dalam 40 Bahasa.

4. Bantuan Perjalanan termasuk:
     • Bantuan Kehilangan Bagasi
     • Bantuan Kehilangan Pasport atau Dokumen
     • Penterjemah atau Rujukan Terjemahan
     • Bantuan Maklumat Cuaca
     • Nasihat Pra-perjalanan
     • Jadual Penerbangan, Maklumat dan Tempahan atau Bantuan Penempahan Tiket

5. Bantuan Perubatan termasuk:
     • Rujukan Maklumat Perubatan dan Nasihat 24 jam
     • Tempahan Hotel/Kereta Sewa
     • Pengurusan Kemasukan ke Hospital
     • Perkhidmatan untuk Mengatur Temujanji dengan Doktor Tempatan
     • Pengurusan dan Pembayaran Pendahuluan untuk Lawatan Ihsan
     • Penghantaran ubat-ubatan penting








Senarai ini adalah tidak lengkap. Sila rujuk kepada Sijil Takaful untuk maklumat lanjut mengenai bantuan perjalanan dan perubatan.



Untuk Info Lanjut, 
Call/WhatsApp atau SMS 
019-3218372
Sh. Rodziah


Penasihat Takaful Anda

0 comments:

Takaful Kemalangan (Flexi PA)



Flexi PA
Sentiasa bersama anda di jalan raya dengan hanya RM73.60 SETAHUN.

Berada di atas jalan raya merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian anda. Anda memandu ke tempat kerja, keluar bertemu rakan-rakan, dan pulang ke pangkuan yang tersayang. Walau bagaimanapun, keselamatan anda perlu diutamakan kerana situasi di jalan raya adalah agak mencabar. Oleh itu, ia amat penting bagi anda untuk melindungi diri daripada situasi yang tidak diduga dengan pelan perlindungan yang menyeluruh. Flexi PA adalah pelan perlindungan kemalangan diri yang melindungi anda dan keluarga anda daripada beban kewangan sekiranya berlaku kemalangan.

“Penyelidikan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan bahawa purata 18 orang terbunuh di jalan raya Malaysia setiap hari. Angka ini dijangka meningkat kepada 29 pada tahun 2020. Penyelidikan MIROS meramalkan bahawa kemalangan maut akan mencatat 10,716 kematian pada tahun 2020 berbanding dengan purata 6,915 kematian tahunan pada tahun-tahun kebelakangan ini.” Sumber: New Straits Time Online, 9 Julai 2014

Manfaat Utama
 Perlindungan Kematian Akibat Kemalangan
 *Perlindungan Kematian Akibat Kemalangan sebanyak RM50,000 dengan fleksibiliti untuk memberi kebenaran bagi melangsaikan baki bayaran ansuran kenderaan anda.

Perlindungan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)
*Sekiranya berlaku Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) akibat kemalangan, orang yang tersayang dilindungi dari segi kewangan dengan pembayaran sekaligus.

Elaun Kemasukan ke Hospital
*Menyediakan pampasan tunai sekiranya anda dimasukkan ke hospital.

Sumbangan yang Berpatutan 
*Anda dilindungi dengan sumbangan serendah RM0.24 sen sehari.

Tiada Pemeriksaan Perubatan Diperlukan
*Permohonan yang mudah. Tiada laporan kesihatan diperlukan.

Perlindungan di Serata Dunia
 *Anda dilindungi 24 jam sehari, di mana sahaja anda berada.

Kelayakan
Umur Kemasukan: 18 tahun sehingga 65 tahun, boleh diperbaharui sehingga 70 tahun.

Ringkasan Manfaat

Manfaat
   Jumlah Dilindungi (RM)
Kematian Akibat Kemalangan
   RM50,000
Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal Akibat Kemalangan
   RM50,000
Elaun Kemasukan ke Hospital
RM50 satu malam, sehingga RM5,000

Nota:
1.Sumbangan Tahunan: RM73.60 (termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan + Duti Setem RM10.00)
2. Tempoh perlindungan adalah satu (1) tahun. Anda perlu memperbaharui Sijil Takaful anda setiap tahun.

 Bagaimana Cara untuk Menyertai atau Memperbaharui?
Hubungi Penasihat Kewangan Takaful di talian 019-3218372.
Anda juga bole SMS/Whatsapp PA<jarak> NAMA ke 019-3218372. Kami akan hubungi anda semula untuk proses permohonan selanjutnya.

Bagaimana Cara untuk Membuat Tuntutan?
Anda boleh menghubungi Etiqa Claims Assist di talian 1300 88 1007 untuk membuat tuntutan. Anda dinasihatkan supaya menyimpan resit asal dan semua tuntutan mestilah dimaklumkan kepada kami dalam masa tiga puluh (30) hari.
Powered byEMF Web Form

0 comments:

Takaful Penumpang dan Pemandu Kenderaan Persendirian



TAKAFUL PEMANDU DAN PENUMPANG KENDERAAN PERIBADI
Pelan Perlindungan Kemalangan diri direka khas untuk melindungi peserta dan penumpang peserta sekiranya berlaku sebarang kemalangan ketika di dalam perjalanan menaiki kenderaan persendirian. Etiqa bukan sahaja prihatin terhadap kepentingan setiap peserta tetapi mereka juga turut prihatin terhadap orang di sekelilingnya. Dengam pelan ini saya dapat melindungi diri saya disamping orang disekeliling saya terutamanya ahli keluarga saya. Terdapat pelbagai plan yang telah direka untuk memudahkan pelanggan untuk memilih mengikut kemampuan masing-masing antaranya ialah :
PA PEMANDU & PENUMPANG

FAEDAH
PELAN A
PELAN B
PELAN C
Kematian @ keilatan kekal     manfaat
    RM 15,000
   RM 30,000
     RM 50,000
Belanja perubatan                        
    RM 500
   RM 1,000
    RM 1,500
Khairat kematian         
    RM 1,000
   RM 1,000
   RM 1,000
Sumbangan 5 tempat duduk
    RM 73.60
   RM 137.20
     RM 222.00
Sumbangan 7 tempat duduk
    RM 99.04
   RM 188.08
     RM 306.80
Tambahan 1 tempat duduk
    RM 12.72
   RM 25.44
     RM 42.40

Powered byEMF HTML Contact Form

0 comments:

Takaful dan Insuran Kenderaan


Takaful Motor (Kenderaan) Etiqa Takaful
Takaful motor memberikan anda perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan kenderaan sendiri akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan; dan/atau kecederaan tubuh badan atau kematian pihak ketiga, kerosakan atau kerugian harta benda pihak ketiga.

Seperti polisi insurans motor biasa, terdapat dua jenis perlindungan di bawah pelan takaful motor:
Komprehensif
Memberikan perlindungan terhadap kematian, kecederaan tubuh badan dan/atau kerosakan harta benda pihak ketiga; serta kerugian atau kerosakan ke atas kenderaan anda akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan.

Pihak ketiga

Memberikan anda perlindungan terhadap kematian, kecederaan tubuh badan dan/atau kerosakan harta benda pihak ketiga.


KONSEP TAKAFUL
Apabila anda menyertai takaful motor, anda akan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful am dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru'). Anda akan memeterai perjanjian (aqad). Anda layak untuk berkongsi lebihan di dalam dana takaful am sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh penyertaan.

BERAPAKAH JUMLAH PERLINDUNGAN YANG PATUT DIAMBIL?

Pastikan jumlah perlindungan yang diambil di bawah sijil takaful motor menggambarkan nilai pasaran kenderaan anda.


KELEBIHAN RENEW ROAD TAX DENGAN KAMI:
1. ONLINE
TERKINI: TIDAK PERLU UNTUK MENCARI COVER NOTE LAMA ANDA ATAU GERAN COPY/ORIGINAL. KAMI MEMUDAHKAN URUSAN MEMPERBAHARUI ROADTAX ANDA TANPA GERAN/COVER NOTE LAMA.

1.       Tidak perlu ke bank / pejabat pos untuk urusan pembaharuan/renew road tax.
2.       Tida perlu beratur panjang berjam-jam di pejabat pos.
3.       Tidak perlu keluarkan duit minyak untuk menguruskan road tax.
4.       Tidak perlu mengambil ‘half day’ kerja untuk menguruskan road tax.
5.       Tidak perlu risau jika geran hilang. Anda tetap boleh renew road tax dan kereta anda boleh digunakan seperti biasa.
6.       Tidak perlu risau jika anda susah untuk berkomunikasi dengan pihak bank jika anda keluar ‘outstation’ dan ingin memperbaharui road tax.
7.       Hanya duduk di depan PC, klik, dan selepas sehari anda akan dapat road tax anda.
8.       MUDAH, CEPAT dan JIMAT.
9.       Diskaun hebat menanti anda!!

Cara 1.
Call atau SMS / Whatsapp RENEW<>NAMA<>NO IC<jarak>NO KENDERAAN hantarkan ke 018 9773177


Contoh: RENEW AHMAD BIN ALI 810210038888 WTA1234 

Cara 2.
Isi maklumat anda dengan mengisi maklumat di 
Klik Request Quotation

a) Kami akan menyediakan Sebutharga/Quotation untuk anda.
b) Sekiranya anda bersetuju dengan quotation kami anda perlu membuat pembayaran ke akaun syarikat kami:
Akaun Maybank
Agensi An Najah PUJ
No: 562807538382

c) Kami akan memperbaharui insuran/takaful serta road tax anda setelah kami menerima bukti pembayaran anda.
d) Penghantaran Cover Note adalah melalui Email/Poslaju/byhand/MYEG(Roadtax)

2. OFFLINE
Datang terus ke pejabat kami untuk proses memperbaharui insuran/takaful dan renew road tax kereta anda.

Alamat Pejabat:
An Najah Agency (002398719-U)
C-G-004 Jalan LP 7/2
Taman Lestari Perdana
43300 Seri Kembangan, Selangor

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN?
Secara amnya, sebelum membuat sebarang tuntutan, anda haruslah memerhatikan dan mencatatkan butiran kemalangan anda, butiran seperti nama dan alamat pemandu-pemandu yang terlibat di samping para saksi serta nombor pendaftaran, jenis dan model kenderaan yang terlibat. Sebagai pemegang pelan takaful, anda boleh membuat tuntutan jika mana-mana yang berikut berlaku terhadap anda:

Jika anda terlibat di dalam kemalangan kenderaan
Jika terdapat kerosakan kepada kenderaan anda
Jika ada pihak ketiga yang terlibat


Pelan Takaful Motor juga menawarkan pemegang pelan dengan diskaun tanpa tuntutan (No Claim Discount (NCD)). Tawaran ini membolehkan pemegang pelan memperbaharui perlindungan mereka pada harga diskaun sekiranya tiada sebarang tuntutan dibuat pada tempoh terdahulu perlindungan tersebut. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk benar-benar memahami pelan takaful anda, terutamanya dari aspek pengecualian dan perlindungan tambahan pelan takaful anda.


Untuk sebarang pertanyaan atau permohonan sila 
Call/SMS/Whatsapp 
018 9773177 -Rashdan
Agensi An Najah
Etiqa Takaful Berhad



Powered byEMF Online HTML Form

0 comments: