PELAN PERLINDUNGAN DAN PENGGANTIAN PENDAPATAN
Bahagian ini meliputi 2 aspek perlindungan iaitu pampasan
untuk kematian dan hilang upaya kekal (lumpuh).
Tujuan pelan ini adalah untuk membantu kita merancang
kewangan supaya sekiranya
berlaku hilang upaya kekal (lumpuh) kepada kita, kita
mempunyai dana yang dapat membantu untuk
meneruskan kehidupan. Begitu juga sekiranya kita meninggal, keluarga yang
ditinggalkan mampu meneruskan hidup seperti biasa tanpa dibebani masalah hutang
dan juga masalah meminta-minta daripada orang lain.
Bagaimana pelan ini dapat membantu anda?
Jika seseorang (Si A) itu berpendapatan sebanyak RM3,000
sebulan merancang untuk membuat penggantian pendapatan bagi dirinya dan
keluarga jika berlaku sesuatu keadaan (mati/sakit kritikal/lumpuh). Maka Si A
boleh membuat perancangan untuk memiliki dana untuk memberikannya kelegaan
untuk suatu tempoh.
Contoh:
Gaji Si A RM3,000 sebulan @ RM36,000 setahun, Si A lumpuh
akibat kemalangan dan tidak berupaya untuk bekerja lagi.
Jika Si A merasakan ingin memiliki dana cukup untuk 1 tahun
sahaja maka Si A harus memiliki perlindungan sebanyak RM36,000 sahaja.
Jika Si A merasakan ingin memiliki dana cukup untuk 5 tahun
sahaja maka Si A harus memiliki perlindungan sebanyak RM180,000 (RM36,000 x 5)
sahaja.
Dan begitulah seterusnya...
Maka anda harus memikirkan berapa banyak dana yang anda
inginkan supaya anda boleh mempunyai "waktu bertenang" dan kelegaan
kewangan sementara anda memikirkan cara menjana pendapatan lain.
Kita ambil polisi bernilai besar, contoh RM500,000. Ini
adalah polisi saya buat masa ini dan kita gantikan kepada nama Si A.
Jika berlaku salah satu daripada 2 ini (kematian, hilang
upaya kekal) Si A akan mendapat pampasan sebanyak RM500,000 secara sekaligus.
Andai kata musibah ini berlaku kepada Si A maka pecahan
berikut dilakukan.
RM40,000 digunakan untuk kos sara hidup keluarga Si A
sepanjang tahun.
RM500,000 dalam masa sama dilaburkan ke ASB (ini hanya
cadangan dan contoh sahaja, cara melabur terserah kepada diri masing-masing)
yang memberi pulangan 8% setahun.
Maka setiap tahun Si A bakal mendapat 8% x RM500,000 =
RM40,000 setahun dan dibahagi 12 bulan mendapat RM3333.33 sebulan.
Maka, pendapatan bulanan telah kita janakan dan ia
meringankan beban kita sekeluarga.
Bila dibayar pampasan itu?
1- Apabila Si A meninggal dunia (akibat biasa atau kemalangan) – RM500,000 diberikan kepada
waris.
2- Apabila Si A lumpuh kekal (akibat biasa atau kemalangan) , keluarga Si A akan memperolehi
RM500,000 dan sekiranya keluarga Si A melaburkan dalam dana yang memberikan
dividen purata 8% setahun, keluarga Si A akan memperolehi RM3,333.33 setiap
bulan untuk menguruskan hidup Si A dan meneruskan kelangsungan hidup keluarga Si A.
Rujuk buku polisi anda untuk penerangan lebih lanjut tentang
pembayaran ini.
Di Etiqa Takaful, kami mempunyai pelan terkini yang
berfungsi sebagai pelan perlindungan dan penggantian pendapatan. Pelan ini
dikenali sebagai Pelan Elite Takafulink. Pelan ini merangkumi pelan pelaburan
berserta perlindungan. Sila rujuk link berikut untuk mengetahui lebih lanjut
mengenai pelan ini:
Pelan Elitelink
Untuk makluman, pelan ini boleh disertai dengan caruman serendah RM3.33 sehari (mengikut umur dan risiko pekerjaan). Untuk mendapatkan sebutharga/ quotation untuk anda, sila isi borang permohonan quotation
Pelan Elitelink
Untuk makluman, pelan ini boleh disertai dengan caruman serendah RM3.33 sehari (mengikut umur dan risiko pekerjaan). Untuk mendapatkan sebutharga/ quotation untuk anda, sila isi borang permohonan quotation
0 comments: