Senario Kemalangan di Malaysia


Fakta Mengenai Kemalangan di Malaysia 2010


Dada-dada akhbar mula 'meriah' dengan kes kemalangan, begitulah adanya bila terjadi satu kes besar ... kes2 kemalangan selepas itu juga akan menjadi panas. Saya melihat ini sebagai satu trend media cetak - mungkin untuk membuka mata pihak2 tertentu atau mungkin mahu masyarakat sedar akan sesuatu isu. Entri kali ini bukan nak bercakap mengenai apa yang diceritakan dalam akhbar tetapi fakta-fakta yang harus anda tahu mengenai kemalangan di negara kita.

Fakta mengenai kemalangan:
• Perangkaan pada tahun 2009 menunjukkan bahawa jumlah kemalangan jalan raya adalah 397,330 kes. Indeks kadar kematian bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar adalah 3.55 pada tahun 2009.
• Di peringkat antarabangsa Malaysia menduduki tempat ke-46 daripada 172 negara dari segi indeks kematian bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar. Adalah didapati 62.6 peratus punca utama kemalangan adalah berkaitan dengan kelajuan (speed related) dan 8.5 peratus berkaitan dengan perlanggaran peraturan lampu isyarat. Daripada jumlah 397,330 kes tersebut, 6,745 kes melibatkan kematian dengan purata 18 kematian sehari.
• Kemalangan dan kematian jalan raya memberi impak kepada ekonomi negara di mana kerugian Kerajaan dianggarkan sebanyak RM 9 billion setiap tahun atau dua peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).
• Mengikut perangkaan JPJ, jumlah pendaftaran kenderaan baru adalah dianggarkan sebanyak 1 juta setahun. Manakala jumlah pemandu baru adalah dianggarkan 450,000 orang setahun. Jumlah kenderaan terkumpul sehingga Ogos 2010 adalah sebanyak 19.8 juta. Jumlah pemandu terkumpul dalam tempoh yang sama ialah seramai 12.1 juta orang.
• Disebabkan kes kemalangan yang meningkat; dua Akta baru telah diluluskan - Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat telah diluluskan pada 2 April 2010. Dengan wujudnya kedua akta baru ini, pindaan berbangkit perlu dibuat ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Kenyataan Media Mengenai RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2010 oleh YB. Dato’ Seri Kong Cho Ha - Menteri Pengangkutan Malaysia.

0 comments: